8 Fungsi dan Kelebihan Tinted Rumah

Setiap pemilik kediaman atau sesetengah bangunan komersial mahukan cahaya semulajadi dan permandangan luar yang indah, akan tetapi apabila terlalu banyak cahaya matahari dapat memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan, barang-barang kediaman, ganguan penglihatan dan sebagainya. Dengan mengenakan filem khas (yang dipanggil tinted) pada tingkap-tingkap kediaman dapat menghapuskan kesan negatif tersebut dan menambah lagi keselesaan kediaman. Bukan hanya baik untuk kediaman malah ianya juga baik untuk tingkap-tingkap bangunan komersial. Fungsi dan kelebihan menggunakan tinted rumah atau pejabat adalah:

1. Menyekat Sinar UV

Tinted dapat memotong sehingga 99% sinaran UV dimana keadaan tubuh manusia tidak mampu menerima sinar UV yang tinggi dan berterusan kerana ia akan menyebabkan kulit berisiko menjadi rosak atau bermasalah. Dengan hanya menggunakan tinted pada tingkap rumah atau pejabat, maka penghuni kediaman atau pekerja-pekerja bebas dari bahaya sinaran UV yang tinggi dan pada masa yang sama masih mampu menikmati kehangatan dan Vitamin D daripada cahaya matahari.

2. Mengurangkan Sinar Matahari

Perabot-perabot yang menghiasi ruang dalam bangunan atau kediaman bukanlah murah harganya. Apabila kedudukan posisi tingkap kediaman atau bangunan menerima cahaya matahari secara langsung, ini akan mengakibatkan keroasakan terhadap perabot-perabot yang terkena cahaya matahari seperti warna menjadi pudar, merekah, berubah bentuk dan lain-lain. Kebiasaannya seperti langsir, kabinet, rak, lantai kayu dan permaidani. Dengan menggunakan tinted, anda dapat menolak penerimaan cahaya matahari sehingga 97% dan boleh memelihara barang-barang bernilai dalam bangunan dan kediaman malah memanjangkan lagi jangka hayat barang-barang tersebut.

3. Mengurangkan Silau Cahaya

Terdedah terhadap cahaya matahari yang disebabkan oleh terlalu banyak tingkap juga mengakibatkan silau cahaya pada penglihatan. Tambahan pula pantulan-pantulan cahaya pada benda-benda (contohnya besi) yang berada di luar juga mengakibatkan silau kepada ruangan dalam bangunan. Ketidakselesaan itu mampu diatasi dengan mengenakan lapisan filem tinted pada tingkap rumah atau bangunan komersial. Peratusan pengurangan silau biasanya berkaitan dengan transmisi cahaya yang kelihatan dimana semakin rendah jumlah cahaya yang dihantar melalui filem, semakin besar penglihatan silau di dalam rumah.

4. Pengurangan Haba Matahari

Malaysia sememangnya terkenal denga keadaan yang panas dan lembab disebabkan oleh kedudukannya yang terletak di atas garisan Khatulistiwa. Dengan penggunaan tinted pada tingkap-tingkap dapat mengurangkan haba sehingga 97% dan menambah baik keselesaan ruang dalam kediaman mahupun bangunan-bangunan komersial di dalam apa jua keadaan persekitaran.

5. Pengurangan Kos Elektrik

Tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia dengan penggunaan penghawa dingin bagi membantu menyejukkan keadaan di dalam rumah mahupun bangunan-bangunan komersial. Penggunaan penghawa dingin sememangnya mengakibatkan kos elektrik menjadi tinggi setiap bulan. Berdasarkan kajian di US, tinted dapat mengurangkan kos penyejukan di dalam bangunan sehingga 50%.

6. Pertingkatkan Privasi

Keadaan yang tidak selesa apabila kawasan di dalam rumah mahupun bangunan, terdedah secara mutlak kepada pihak luar yang disebabkan oleh cermin yang telus (transparent). Dengan mengenakan tinted, perlindungan terhadap pandangan pihak luar dapat dipertingkatkan. Terdapat tinted yang jenis pantulan, kabur atau gelap yang boleh dipilih berdasarkan kemahuan pengguna untuk digunakan pada tingkap luar, bilik dan pintu mandi, bilik tidur dan ruang pejabat yang memerlukan privasi tambahan.

7. Penambahbaik Keselamatan

Cermin yang sememangnya sifatnya mudah pecah dan jika pecah, pecahan-pecahan yang terlerai dari bentuk asalnya sangat membahayakan terutama buat kanak-kanak. Untuk meningkatkan kekuatan dan keselamatan cermin, tinted yang direka khas untuk keselamatan (safety film) mempunyai factor rintangan pecah (shatter resistance) dimana berkeupayaan untuk memegang pecahan kaca dan meminimumkan kaca-kaca berterbangan disebabkan oleh cuaca yang kuat, dari kesan fizikal dan kemalangan yang tak dijangka.

8. Pertingkatkan Dekorasi dan Hiasan

Selain dari apa yang dinyatakan di atas, tinted mempunyai pelbagai jenis corak yang direka khas dan pelbagai variasi warna yang akan memberi impak pada gaya dan hiasan bangunan dan rumah menjadi lebih cantik, mewah, canggih dan elegan.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan sentiasa dialu-alukan. Sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Pages