Harga Tinted Tingkap Rumah

Menjadi perkara biasa bagi sesiapa pun yang pada permulaannya sebelum memasang tinted cermin rumah, ingin mengenal pasti terlebih dahulu akan berkenaan dengan harga tinted tingkap rumah. Sesetengah orang kadang-kadang berasa sedikit gusar dan takut apabila ingin bertanyakan tentang berapa harga yang di cas untuk pemasangan. Antara persoalan yang sering berlaku adalah:

  • Kena bayaran lebihankah kalau nak tahu harga sebelum pasang?
  • Ada cas-cas tambahankah?
  • Bolehkah tanya harga sebab takut mahal atau tak mampu pula nanti?
  • Bolehkah tanya harga walaupun masih tidak pasti sama ada ingin pasang atau tidak?

Jangan khuatir dan gusar apabila nak tahu harga pasang tinted tingkap cermin rumah / pejabat kerana kebiasaannya, syarikat kecil atau besar yang menyediakan khidmat pemasangan tinted ini, menawarkan sebut harga percuma (free quotation).

Mereka mempunyai tukang ukur mereka sendiri yang akan pergi ke rumah ataupun bangunan yang anda nyatakan bagi mengukur keluasan cermin yang dikehendaki. Seterusnya, mereka akan melakukan kiraan berdasarkan harga filem mereka dan di darab dengan keseluruhan ukuran cermin dalam kiraan kaki persegi.

Perlu diingatkan bahawa setiap harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pemasangan adalah berbeza. Tidak semua syarikat pemasangan memberikan harga yang sama, ada yang mahal dan ada yang murah. Jadi, anda boleh mencari lebih dari satu syarikat pemasangan bagi mendapatkan harga yang menepati amaun yang anda inginkan dan tidak perlu khuatir dalam mendapatkan sebut harga (quotation) kerana ianya adalah percuma.

Berapakah harga tinted rumah sekaki?

Antara faktor penetapan harga tinted rumah / bangunan adalah bergantung kepada :
  • Ketebalan filem dimana kebiasaannya pembekal filem menawarkan 3 jenis saiz ketebalan iaitu satu lapis (1 ply), dua lapis (2 ply) dan tiga lapis (3 ply).
  • Peratusan pemotongan haba dan cahaya yang terdapat bagi setiap filem.
  • Keluasan cermin tingkap dalam ukuran kaki persegi.
  • Jenis-jenis filem (frosted, bercorak atau custom-made cut).

Berapakah anggaran harga tinted rumah sekaki?

Kalau diikutkan, nak senaraikan anggaran juga merumitkan sebab seperti yang dinyatakan di atas, bergantung keatas beberapa faktor dalam penentuan harga. Kebiasaannya, anggaran kasar harga bagi sekaki untuk :
  • Filem Solar adalah diantara RM5 hingga RM13
  • Filem Bercorak adalah diantara RM5 hingga RM8
  • Filem Frosted adalah diantara RM5 hingga RM8

Ingin mengira harga dan memasang tinted sendiri?

Jika anda ingin mengira dan melakukan pemasangan sendiri, boleh dikatakan anda dapat menjimatkan kos sehingga 40% dari sebut harga yang anda perolehi. Akan tetapi, masa yang harus dikorbankan untuk melakukan pemasangan adalah sangat lama kerana banyak perkara yang patut di titik beratkan. Sebagai contoh, pasir dan habuk.

Jika anda boleh mendapatkan tinted dari mana-mana pembekal secara terus (tanpa berurusan dengan orang tengah), ianya lebih menjimatkan kos anda. Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan mendapatkan jumlah keseluruhan ukuran cermin yang ingin dipasang, dan di darab oleh harga yang anda peroleh dari pembekal (per kaki) bagi mendapatkan jumlah keseluruhan harga belian tinted tersebut. Di bawah, kami sediakan kalkulator bagi memudahkan kiraan anda.

Sebagai penutup, kami sarankan paling kurang anda memilih tinted dua lapis (2 ply) kerana ianya lebih mudah untuk dipasang berbanding satu lapis (1 ply). Jika anda tiada masa untuk melakukan pemasangan sendiri, hubungi Squad Tint untuk servis pemasangan tinted (bagi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja).

Kalkulator Mengira Harga Tinted Cermin Rumah


Lebar (Width)
* Dalam Inci (Inch)

Ketinggian (Height)
* Dalam Inci (Inch)

Jumlah (Result)
* Dalam Kaki Persegi (total sq. ft)

Harga RM (Price)
* Bagi 1 Kaki Persegi (per sq. ft)

Jumlah Harga RM (Total Price)

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan sentiasa dialu-alukan. Sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Pages